'USAHA BERSAMA MENUJU KEJAYAAN'

Laman Utama Mengenai PJC Gambar Aktiviti Hubungi kami Blog My Photos

IKRAR AHLI PUTRA JOHOR CLUB

Kami berikrar:

-Beriman kepada Tuhan dan Bertakwa KepadaNya.

-Mematuhi prinsip rukun Negara .

-Menyemai semangat daya saing bagi menjana ekonomi negara.

-Membimbing para belia mencapai wawasan 2020

-Beriktizam menjadi kelab yang di segani dan terunggul di Malaysia.

SEJARAH PUTRA JOHOR CLUB

PUTRA JOHOR CLUB (PJC) telah ditubuhkan pada 02hb Julai 2001yang berpusat didaerah Kluang.Bermula hanya dengan 3 buah kereta sahaja.PJC diterajui oleh En Redzuan Bin Ahmad selaku Pengerusi Kelab PJC. Setelah 7 tahun ditubuhkan pelbagai kenangan manis menjadi coretan PJC. Pada tahun 2002,2003 dan 2004 PJC telah mengiringi Pegawai Daerah Kluang bagi sambutan pembuka dan penutup jalur Gemilang (Hari Kemerdekaan).Pada tahun itu juga PJC menjadi kelab jemputan bagi mengiringi Yang berhormat Dato' Seri Abdul Ghani Bin Osman (Menteri Besar Johor) untuk acara perasmian dewan orang ramai Felda Kahang Barat. PJC telah diundang untuk meyambut kehadiran konvoi kembara mahkota didataran tasik Kluang.Selain itu PJC pernah menjadi kelab jemputan bagi menjayakan pertandingan kereta berhias (Autoshow) di Stadium Kluang yang dianjurkan oleh Southern Beat. Setiap tahun,PJC juga akan menganjurkan Hari Keluarga beserta konvoi.Banyak program-program sempena sambutan ini.Bagi menghargai setiap sambutan yang disertai oleh semua ahli, pihak PJC telah memberikan cenderahati serta sijil penyertaan dan meniggalkan kenangan yang manis pada setiap ahli.

Lagu Putra Johor Club

KAMI AHLI KELAB PUTRA
BER CITA-CITA YANG MURNI
BERUSAHA BERSAMA
MENUJU KEJAYAAN
BERUSAHA BERSAMA
MENUJU WAWASAN
C/O
PERPADUAN ....KEMAKMURAN
KESETIAAN.... KEDAULATAN
NEGARA....TERCINTA
NEGARA KU MALAYSIA
SEMARAKKAN SEMANGAT WAJA
WARGA PUTRA JOHOR CLUB
BERSAMA SEPAKAT
MENCAPAI IMPIAN
  BERUSAHA BERSAMA
  MENUJU KEJAYAAN
ULG C/O* 2x
 * BERUSAHA BERSAMA
  MENUJU KEJAYAAN
 BERUSAHA BERSAMA-SAMA 
   MENUJU WAWASAN............
PUTRA BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

My Contact Information

Links to Other Sites